--> Skip to main content

Mike Mulvey Direhatkan, Presiden PBSNT Sedia Letak Jawatan



Kuala Terengganu: Keputusan mesyuarat hari ini memutuskan Jurulatih Terengganu Mike Mulvey direhatkan berkuatkuasa serta merta.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai dua nama calon Jurulatih baru dicadangkan iaitu berkemungkinan Mustapha Kamal atau Asadi Wahab bagi menggalas tugas Mike Mulvey yang direhatkan.


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid, berkata beliau akan meletak jawatan sekiranya skuad penyu gagal ke suku akhir Piala Malaysia 2016.

Perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat tergempar berhubung prestasi merundum Skuad Penyu.

Turut hadir, EXCO Belia dan Sukan, Datuk Rozi Mamat.

Video sidang media anda boleh lihat dibawah (Kredit Jatt Oh Jatt)



BERITA PENUH:

Kuala Terengganu, 17 Julai 2016 : Jurulatih pasukan Liga Super Terengganu, Mike Mulvey direhatkan daripada tugas sebagai ketua jurulatih ekoran prestasi teruk Terengganu termasuk dibelasah 6-1 oleh pasukan jiran Kelantan Jumaat lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas Mesyuarat Tergempar PBSNT yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat.

‘PBSNT akan rehatkan jurulatih (Mike Mulvey) berkuatkuasa hari ini’.

‘(Pengganti) Ada beberapa nama akan diperincikan dalam masa terdekat’.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini. Hadir sama Timabalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri YB Mahdi Musa dan ahli jawatankuasa (AJK) PBSNT

Menurut beliau perubahan ini hanya melibatkan jurulatih dan tidak melibatkan sebarang pemain atau pegawai pasukan lain.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat memaklumkan Wan Ahmad Nizam bersetuju letak jawatan sekiranya pasukan Terengganu gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia.

‘Dato’ Mat Nizam telah bersetuju untuk meletak jawatan berpandukan kaedah dan peraturan pengurusan PBSNT’.

‘Berhubung perkara ini saya serah kepada (Jawatankuasa )PBSNT untuk tentukan’.

‘Saya rasa beliau telah mengambil langkah yang berani, professional dan bertangungjawab apa yang berlaku kepada pasukan negeri Terengganu’.

Beliau mengakui kerajaan negeri kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan Terengganu dalam Liga Super dan Piala Malaysia dan mahu PBSNT memikul tanggungjawab serta melakukan perubahan drastikan dilakukan dengan segera.

Bagi Wan Ahmad Nizam, beliau memberitahu beliau bersetuju untuk meletak jawatan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (AGM).

‘Saya akan letak jawatan jika Terengganu tidak boleh pergi suku akhir, pada ketika itu saya akan gugur secara automatik’.

‘Walau macam mana pun saya akan usahakan dulu secara teknikal sebab perubahan presiden dan jawatankuasa mesti dibuat dalam AGM dan insyaallah akan dibuat secepat mungkin mengikut perundangan’ katanya
Tarikh Artikel: Saturday, July 16, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...