--> Skip to main content

Mamadou Samassa Mungkin Jadi Pilihan T-Team FC


KUALA TERENGGANU: Bekas penyerang Olympique Marseille, Mamadou Samassa mempunyai kelebihan untuk dipilih memperkuatkan T-Team dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain berusia 30 tahun yang pernah menyarung jersi kelab Le Mans di Liga Perancis dan Chievo dalam Liga Itali boleh beraksi dua posisi iaitu tengah dan penyerang. Penolong jurulatih T-Team, Mohd Azhari Salim, berkata pihaknya sudah melihat corak permainan pemain itu dalam perlawanan pra musim di Kuala Lumpur tempoh hari. Katanya, pihaknya turut menguji seorang lagi awang import iaitu bekas pemain kebangsaan Uzbekistan, Shavkat Salomov untuk mengisi tempat Makan Konate.

"Bagaimanapun, kita tengok Salomov bermain baik sebagai pemain tengah menyerang, tapi dia tidak boleh beraksi sebagai seorang penyerang. "Berbeza dengan Samassa apabila dia boleh bermain di dua posisi iaitu tengah dan penyerang. Jadi, mungkin Samassa menjadi pilihan sebagai pemain import keempat T-Team," katanya kepada BH Sukan, di sini, hari ini.

Mohd Azhari berkata, sememangnya ketua jurulatih, Rahmad Darmawan mahu mencari pemain serba boleh dan tidak hanya beraksi untuk satu posisi semata-mata. Katanya, pihaknya mahu pemain import baharu itu boleh diturunkan sebagai penyerang utama sekiranya Farhod Tadjiev digantung perlawanan atau cedera.

"Sama seperti Konate musim lalu apabila pemain kelahiran Mali ini beraksi di bahagian tengah menyerang, tapi pada masa sama mampu mengetuai jentera serangan apabila Patrick Dos Santos Cruz tidak diturunkan. "Justeru, kita tunggu keputusan muktamad yang akan dibuat Rahmad dalam masa terdekat untuk melengkapkan empat pemain import musim ini," katanya. - Berita Harian
Tarikh Artikel: Saturday, January 7, 2017
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...