--> Skip to main content

Terengganu Mungkin Ke Liga Perdana, Pahang Dapat Kemenangan Percuma

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah yang menurunkan pemain, Mohd Rizal Mohd Ghazali yang telah digantung secara automatik (akibat daripada pengumpulan 3 kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza) ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
·  ·          Persatuan Bolasepak Kedah  telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Ketidaklayakkan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang pada 3 Ogos 2016 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan pasukan Kedah dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang;
ii.            Didenda sebanyak RM5,000.00; dan
iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

*Sehubungan itu, pasukan Pahang telah diberikan 3 mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan tersebut.

*Terengganu perlu menang dengan mengharapkan perlawanan Sarawak dan PDRM tidak seri
Tarikh Artikel: Wednesday, October 19, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...