Pemilik Asal Kereta Bukan Suspek, Suspek Masih Diburu
Kuala Terengganu: Orang ramai diminta tidak menyebarkan gambar pemilik asal kereta Honda Civic yang digunakan suspek kes bunuh di Kompleks Seri Iman, pagi tadi.
Menurutnya, pemilik kereta itu mendakwa kereta berkenaan sudah dijual tetapi nama tidak ditukar.
"Harap orang ramai tidak terus menyebar cerita yang membabitkan guru ini dengan kes bunuh berkenaan hanya berdasarkan rekod JPJ," katanya.
Beliau turut menafikan viral yang mendakwa suspek sudah berjaya ditahan polis.
Menurutnya, buat masa ini gerakan mengesan masih lagi dijalankan. - HM
Tarikh Artikel: Sunday, October 16, 2016