--> Skip to main content

Kejadian Bunuh Di Perkarangan Pejabat Agama Kuala Terengganu


Kuala Terengganu: Kejadian tetak dan tikam berlaku diperkarangan tempat letak kereta Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.

Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan  suspek.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan saspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.

Suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa disini.

 Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasata dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita penuh menyusul..
Tarikh Artikel: Saturday, October 15, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...