--> Skip to main content

MBKT Keluarkan Tender Bina Semula Pasar Payang


KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengeluarkan tender bagi kerja-kerja melaksanakan projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang, pada tahun ini.

Datuk Bandar MBKT, Datuk Mohamad Kamil Othman berkata, tender itu dikeluarkan selepas kerajaan negeri menerima peruntukan RM76 juta melalui Kerajaan Pusat.

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dijangka siap pada 2018.

“Pasar Payang tidak akan dirobohkan, strukturnya kita akan jaga dan baiki balik.  Kita akan buat penambahbaikan pasar sedia ada yang dilihat semakin uzur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi dialog sempena ‘Town Hall’ dan Hari Bertemu Pelanggan MBKT di Dewan Sivik Pasir Panjang.

Terdapat 761 peniaga seperti kedai emas, pakaian, alatan dapur dan cenderamata, dan pasar basah yang sedia ada di Pasar Payang. - SH
Tarikh Artikel: Tuesday, August 30, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...