--> Skip to main content

MB Terengganu Ucap Tahniah & Beri Insentif Kejayaan Azizulhasni


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang yang melakar sejarah meraih pingat gangsa berbasikal Sukan Olimpik Rio.

Ahmad Razif berkata, kejayaan menerusi perlumbaan akhir Keirin lelaki itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

"Saya yakin kejayaan Azizulhasni ini akan menjadi peniup semangat kepada pelumba berbasikal yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu. "Terima kasih Azizulhasni yang tidak pernah lelah membawa semangat Malaysia ke persada dunia.

Terima kasih juga kepada semua jurulatih dan keluarganya. Rakyat Terengganu bangga dengan 'The Pocket Rocket Man'," katanya. - BRNM
Tarikh Artikel: Wednesday, August 17, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...