--> Skip to main content

Tidak Cukup Rehat Punca T-Team Hilang Tiga Mata


KELETIHAN antara punca skuad The Titans tumbang di laman sendiri dalam aksi Liga Super menentang Sarawak, malam tadi.

Pengendalinya Rachmad Darmawan berkata faktor itu menyebabkan anak didiknya gagal mempamerkan aksi cemerlang, namun pihaknya sudah menjangkakan masalah itu kerana pemain tidak mendapatkan rehat yang cukup selepas beraksi menentang Kedah, Sabtu lepas.

"Kita hanya ada dua hari untuk pulihkan tenaga dan kecederaan sebelum beraksi menentang Sarawak, berbanding pasukan lawan yang mempunyai kelebihan rehat sehari berbanding kita.

"Pemain tidak dapat memberi fokus sepenuhnya selain dua perlawanan berdepan Kedah dan Sarawak malam tadi dalam keadaan hujan," katanya kepada pemberita.  

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, skuad Bujang Senang menundukkan T-Team 2-1. - Bernama
Tarikh Artikel: Wednesday, July 27, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...