--> Skip to main content

Hawa Dingin Hospital: Terengganu Tunggu Kelulusan KKM


KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri sebelum ini untuk memasang alat penghawa dingin di wad kelas tiga Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) memandangkan terdapat pihak yang bersedia menyumbang peralatan tersebut secara percuma.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata KKM pada awalnya menolak hasrat kerajaan negeri atas faktor bebanan kos elektrik namun beliau masih berusaha agar ia dapat direalisasikan bagi memberi keselesaan kepada pesakit.

"Kami tidak boleh salahkan KKM kerana mereka ada polisi dari segi utiliti...apabila penghawa dingin dipasang berlaku tambahan bajet untuk hospital dari segi bayaran elektrik. Kami akan berbincang dengan KKM dan juga hospital kerana keutamaan kami untuk beri keselesaan kepada pesakit.

"Jadi ini sedang diperhalusi dan dibincangkan supaya tidak memberi implikasi kepada kementerian dan dalam masa sama kami dapat galakkan konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya dalam sidang media sempena program Rumah Terbuka Aidilfitri di sini hari ini.  

Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata menerusi konsep CSR, pihaknya menerima sumbangan 20 mesin hemodialisis bagi pesakit buah pinggang selain turut dihubungi seorang hamba ALLAH yang menawarkan untuk membeli dua mesin  hemodialisis menggunakan wang peninggalan pusaka. - Bernama
Tarikh Artikel: Saturday, July 23, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...