--> Skip to main content

Malaysia Berdepan Aksi Samba

PEMAIN-pemain bola sepak negara gigih berlatih sebagai persediaan menghadapi Brazil pada perlawanan kedua Kumpulan B temasya Universiade di Shenzhen, China hari ini.

SHENZHEN – Skuad bola sepak negara masih mengintai peluang untuk mara ke peringkat suku akhir pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.

Begitupun, skuad bimbingan Aminuddin Hussin ini perlu mengekang rentak samba Brazil pada aksi kedua Kumpulan B di Pusat Sukan Shernzhen Bao’an Xixiang yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam.

Ketika ini, peluang skuad negara untuk melangkah ke pusingan sete- rusnya masih terbuka meskipun tewas 1-2 kepada Ukraine pada aksi pembukaan di Stadium Shenzhen, Khamis lalu.

Kekalahan itu tidak ‘menutup laluan’ skuad negara kerana Brazil dan Rusia sekadar seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Pusat Sukan Shenzhen University City.

“Saya sempat meninjau perlawanan antara Brazil dan Rusia pada Khamis lalu. Daripada pemerhatian saya, beberapa pemain Brazil memiliki kemahiran individu yang tinggi,” kata Aminuddin semalam.

“Saya rasa kita perlu menggunakan strategi tertentu untuk mengekang perge- rakan para pemain Brazil, sekali gus menghalang mereka daripada memenangi perlawanan itu nanti.” - Selanjutnya di KOSMO

Buat yg terbaik skuad Universiti Harimau Malaya! aummmm.. aummmmm...
Tarikh Artikel: Saturday, August 13, 2011
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...