--> Skip to main content

1Malaysia Perlu Sokong Lee Chong Wei - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat Malaysia menyokong pemain badminton Nombor Satu Dunia Datuk Lee Chong Wei pada peringkat akhir kejohanan dunia pertamanya, hari ini.

Dalam Twitternya, Najib berkata beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), telah bercakap dengan Chong Wei untuk memberikan sokongan mereka.

"Semua rakyat Malaysia perlu menyokong Lee Chong Wei di peringkat akhir Kejohanan Dunia hari ini. Saya dan isteri saya telah bercakap dengannya untuk memberikan sokongan kami," katanya.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas mengalahkan Peter Gade dari Denmark, 22-24, 21-7, 21-15 dalam masa 75 minit.

Pada peringkat separuh akhir semalam, Chong Wei mengalahkan juara bertahan Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam masa 44 minit di Wembley Arena, London.

Chong Wei merupakan rakyat Malaysia kedua yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas Wong Choon Hann, yang berjaya berbuat demikian apabila kalah kepada Xia Xuanze dari China di Birmingham pada 2003. - BERNAMA
Jom kita bagi sokongan kpd Datuk Lee Chong Wei untuk mendapatkan gelaran Dunia yg pertama.. semoga Datuk LCW berjaya.. gud luck!~
Tarikh Artikel: Saturday, August 13, 2011
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...