Pelaburan Google Yang Menarik Dan Aneh
Mungkin anda pernah mendengar Google berjaya membeli Youtube, Blogger, Picnik, dan lain-lain serta pernah berniat untuk membeli Twitter. Ini kerana Google memang bercita-cita meningkatkan penguasaannya di dunia web. Tapi tahukah anda selain melakukan penguasaan di dunia internet, Google juga melakukan pelaburan di bidang perniagaan lain. Beberapa memang boleh dianggap menguntungkan Google namun ada juga perkara yang aneh dan unik. Berikut pelaburan-pelaburan Google paling menarik dan aneh.
2.Google melakukan penjualan tenaga yang didapat dari pembangkit kincir angin miliknya di pasaran dengan menjual elektrik 114 megawatt.Pembaca InfoTeknologi mungkin hairan kenapa Google menjual tenaga elektrik milik mereka dan tidak menggunakannya sendiri untuk data center Google. Ini kerana penjana elektrik Kincir Angin milik Google berlokasi di negara bahagian Iowa, sementara Google tidak memiliki data center didaerah tersebut.
4.Ini kurang boleh disebut pelaburan, kerana memang tidak mahal.Google menggaji seorang pekerja yang bertugas sebagai penternak lebah yang mengurus 4 sarang lebah di kawasan pejabat Google. Pengurusan Google berpendapat madu segar sangat penting dalam menu seharian pekerja mereka.
5.Pelaburan Google yang ini sukar difahami atau sangat gila, Shweeb iaitu yang membuat kenderaan seperti monorail dimana pemandunya di dalam tabung kaca yang akan bergerak bila orang tersebut menggerakkan kaki mereka seperti mengayuh basikal.Google mengeluarkan US$ 1 juta ke Shweeb hanya untuk menyelidiki apakah alat tersebut dapat digunakan sebagai alat pengangkutan di kawasan pejabat Google.
6.Google serius dalam penerapan sumber tenaga yang mesra alam, dikatakan Google melabur US$ 10 juta untuk pembangunan prototype panel sinar matahari (solar panel).
7.Google berbelanja wang US$ 30 juta untuk membiayai pengiriman robot ke bulan yang akan berjalan 500 meter di bulan dan mengambil gambar dan video ke bumi melalui projek mereka Google Lunar X Prize.
8.Google ‘melabur’ US$ 3.9 juta ke 23andMe yang merupakan isteri kepada pemilik Google (Sergey Brin).Wang tersebut digunakan oleh 23andMe, untuk membayar hutang sebanyak US$ 2.6 juta yang merupakan pinjaman peribadi dari Sergey Brin.
sumber:- isuhangat
Tarikh Artikel: Sunday, May 29, 2011