--> Skip to main content

PDRM Tunggu Gambar Acid Man


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa akan menghantar gambar suspek simbah asid yang berjaya dirakamnya dalam usaha membantu polis mengesan suspek terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya belum menerima gambar yang dimaksudkan itu seperti dijanjikan.

“Kita (polis) mahu melihat gambar itu sekiranya ada dan lelaki itu juga masih belum tampil membantu polis. Bagaimanapun, kes itu masih dalam siasatan.
“Polis sedang berusaha mengesan suspek dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya dengan menghubungi talian 03-21159999,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kejadian seorang wanita yang terselamat daripada menjadi mangsa terbaru kes berkenaan, 24 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, keengganan seorang eksekutif pemasaran membuka tingkap kereta apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di lampu isyarat di Pasar Seni menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa terbaru kes simbah asid.

Suspek dipercayai berang dengan keengganan mangsa untuk membuka tingkap sebelum menyimbah cecair berwarna merah jambu ke kereta mangsa.
Menurutnya, mangsa yang dilaporkan berada dalam ketakutan itu kemudian dihampiri seorang lelaki mendakwa berada di belakang kenderaan mangsa ketika kejadian itu mendakwa sempat mengambil gambar suspek dan berjanji menghantar e-mel kepada wanita berkenaan.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan program ‘Cross Gender Care Programme For Women’s Safety di Midvalley, di sini, semalam turut memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu berhubung kononnya suspek simbah asid sudah berada di kawasan tertentu bertujuan bagi menakutkan masyarakat.

Sumber-Metro

Ceritera:- Harap-harap penjenayah ini cepat ditangkap.. bahaya kpd kaum2 hawa diluar sana.. berhati-hai la kalau berjalan sendirian..
Tarikh Artikel: Sunday, May 29, 2011
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...