--> Skip to main content

Acara Bola Sepak Diasingkan Jika PSSI Digantung

PETALING JAYA 24 Mei – Malaysia mencadangkan agar perlawanan bola sepak di Sukan SEA Indonesia ke-26 dijadikan acara yang berasingan sekiranya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan untuk menggantung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sekiranya FIFA menggantung PSSI, cadangan Malaysia itu akan dibincangkan secara terperinci pada mesyuarat Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada 17 Julai depan.

"Kita perlu melihat lebih terperinci mengenainya (kemungkinan penggantungan tersebut) dan tidak boleh salahkan penganjur sukan tersebut... mungkin kita kena buat salah satu acara berlainan.

"Kalau diizinkan, kita boleh buat satu acara lain di mana hos terdiri daripada negara-negara jiran untuk mengekalkan semangat setiakawan pada acara Sukan SEA itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
PSSI kini berkemungkinan digantung oleh FIFA berikutan kegagalan persatuan tersebut melantik barisan kepimpinan baru pada kongresnya, Jumaat lepas.

FIFA dijangka membuat keputusan mengenai masa depan PSSI dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Zurich, Switzerland pada 30 Mei ini.

Sekiranya digantung, PSSI tidak boleh beraksi dalam sebarang perlawanan bola sepak yang dikendalikan FIFA termasuk Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Sukan SEA yang akan dianjurkan Indonesia dari 11 hingga 27 November ini.

Tengku Abdullah berkata sekiranya PSSI digantung, tindakan tersebut diharap tidak melibatkan sukan bola sepak kerana masalah itu berlaku bukan berkaitan dengan sukan tersebut atau pemain-pemain tetapi masalah organisasi itu sendiri.

"Dalam hal ini bola sepak menjadi mangsanya dan saya harap FIFA perlu mempertimbangkan dengan sewajarnya,” katanya. - Bernama
Tarikh Artikel: Tuesday, May 24, 2011
Oldest Post
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...