--> Skip to main content

Separuh Akhir Kedua Piala FA, 10,000 Tiket Dijual Sabtu Ini


Kuala Terengganu:Sebanyak 10,000 keping tiket perlawanan Separuh Akhir Piala FA di antara Terengganu melawan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan mula dijual kepada orang ramai pada hari Sabtu ini.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tiket dijual jam 10 pagi di kaunter stadium berkenaan.

Harga tiket masih dikekalkan sebagaimana sebelum ini iaitu bagi tempat terbuka dijual pada harga RM10, RM20 (berbumbung) serta RM5 untuk kanak-kanak dan setiap orang dihadkan membeli hanya tiga keping tiket.

Kapasiti SSINS boleh menampung seramai 15,000 namun mengambil kira soal keselamatan dan keselesaan penonton PBSNT menghadkan 10,000 keping tiket sahaja.

Para penonton diberi peringatan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan Kedah mengatasi Terengganu 1-0 hasil jaringan tunggal Farhan Roslan dan bagi Skuad Penyu memerlukan keputusan sekurang-kurangnya 2-0 bagi memadamkan defisit yang dimiliki pihak lawan.
Tarikh Artikel: Tuesday, May 9, 2017
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...