--> Skip to main content

Sokongan Padu Penyokong Bantu Kemenangan Kami - Rahmad


Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, menyifatkan kehadiran penyokong The Titans ke Stadium Tun Razak, Jengka, malam tadi, membakar semangat pasukannya untuk melakar kemenangan 1-0 ke atas Felda United, sekaligus mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Ahamdulillah dan tahniah buat para pemain dan penyokong yang datang jauh dari Terengganu.

“Sokongan kepada kami malam ini (malam tadi) sangat membantu dan memberi motivasi kepada pasukan.”

Jaringan tunggal pemain tengah dari Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov, pada minit ke-78 memadai buat T-Team mara dengan agregat 2-1 untuk menempah pertemuan bertemu Selangor.

“Kami mula tertekan pada babak kedua dan saya memasukkan Norhakim (Hassan) supaya boleh melakukan serangan balas.

“Felda melakukan serangan jadi itu memberi kami ruang untuk mengatur serangan balas dan kemasukan Norhakim memberi impak dengan hantaran-hantaran tepat serta membantu pasukan.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati bukan hanya kerana keputusan ini tetapi pemain-pemain saya beraksi dengan penuh disiplin.

“Mereka berjaya mematikan langkah pemain utama pasukan lawan dan boleh disaksikan Zah Rahan (Krangar) dan (Francis) Forkey Doe tidak mempunyai banyak peluang untuk membahayakan gol kami,” tambahnya lagi. - SA
Tarikh Artikel: Sunday, September 18, 2016
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...